Logo Mari Belajar Sulaman Tangan | Online Courses Sulaman Benang
  • Home
  • Online Courses
    • Online Courses Sulaman Manik
    • Online Courses Sulaman Tangan
    • Online Courses Sulaman Kerawang
    • Online Courses Sulaman Riben
  • Artikel
  • Testimoni
  • Hubungi
  • Jom Belajar

    Jom Belajar

    ... sulaman benang

  • Mahir Setiap

    Mahir Setiap

    ... teknik sulaman tangan

  • Kuasai Pelbagai

    Kuasai Pelbagai

    ... rahsia kekemasan

  • Abadikan

    Abadikan

    ... rekaan pada fabrik

  • Current
  • Jom Belajar - ... sulaman benangJom Belajar - ... sulaman benang
  • Mahir Setiap - ... teknik sulaman tanganMahir Setiap - ... teknik sulaman tangan
  • Kuasai Pelbagai - ... rahsia kekemasanKuasai Pelbagai - ... rahsia kekemasan
  • Abadikan - ... rekaan pada fabrikAbadikan - ... rekaan pada fabrik

JOM BELAJAR SULAMAN TANGAN SECARA ONLINE

Tanpa Perlu Menghadiri Kelas atau Bengkel Sulaman Secara Fizikal.

Lebih 25 Teknik Sulaman Benang

Pelajari lebih 25 teknik sulaman tangan secara video HD online. Kesemuanya menampilkan proses langkah demi langkah dari awal jarum dikeluarkan sehingga ia ditusukkan semula. Belajar walau di mana jua anda berada.

Ketahui Lebih 50 Aplikasi Teknik

Segmen ini dipertontonkan bagi membolehkan anda memahami dengan jelas setiap hasil kerja tangan yang boleh diilhamkan berdasarkan teknik jahitan yang telah dipelajari dengan sedikit kreativiti.

Rahsia Kekemasan Jahitan Dibongkar

Ketahui pelbagai rahsia kekemasan jahitan sulam benang. Berbekalkan pengalaman 24 tahun dalam industri sulaman ini, pastinya segala rahsia yang anda pelajari nanti adalah unik dan berbeza.

  • ”Akademi Sulaman Classic telah mengorak langkah yang amat proaktif dengan cara mempelopori [...]”

    Norazlin Md Ariffin – Selangor -

  • ”Assalamualaikum……Jutaan terima kasih atas tunjuk ajar yang telah ﹑Puan Syida berikan.Walaupun saya [...]”

    Roselind Razali – Bintulu -

  • ”Saya sgt berpuas hati dan bangga kerana dpt mempelajari teknik2 sulaman benang [...]”

    Safina Mohd Anuar – Terengganu -

  • ”Alhamdulilah saya telah berjaya menamatkan courses sulaman tangan, walaupun pada awalnya agak [...]”

    Maselis Bachok – Perak -

  • ”Assalamualaikum, saya tiada komen.. Cuma ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada puan [...]”

    Zumrah Zakaria – Selangor -

Kenali Kami

Online Courses Sulaman Tangan

Kenali Kami

Akademi Sulaman Sri Classic

Kami adalah Panel NOSS Persijilan Kemahiran Malaysia dan juga Panel Pakar Runding MARA Malaysia yang bergiat aktif dalam industri sulaman dan jahitan. Justeru, Akademi Sulaman Sri Classic memperkenalkan Platform Belajar Sulaman Tangan Secara Online terus dari rumah anda tanpa perlu mengikuti mana-mana bengkel sulaman secara fizikal. Malahan setiap sesi Online Courses Sulaman Tangan ini dikendalikan secara santai dan praktikal dan anda mampu mempelajarinya mengikut kelapangan masa serta kehendak anda.

Setiap sesi pembelajaran akan muncul di dalam platform online courses anda secara berkala, satu demi satu mengikut jadual yang diberikan bermula dari tarikh anda mendaftar di dalam platform ini.

Ciri-Ciri

Platform Belajar Sulaman Benang Secara Online

  • Video Streaming

  • Mesra iPad dan iPhone

  • Nota Bergambar

  • Diskusi

  • Sijil Disediakan

  • Konsultasi Percuma

Belajar Secara Video Online

Kesemua segmen di dalam platform online courses sulaman tangan ini adalah dalam bentuk video HD online. Setiap video kami telah dirakam di dalam studio menggunakan 4 buah kamera HDD oleh juru filem profesional bagi mendapatkan hasil video yang jelas, cantik dan terang. Malahan, setiap video teknik yang dipaparkan membolehkan anda merasai pengalaman belajar sulaman tangan seolah-olah guru berada di hadapan anda.

Mesra iPad dan iPhone

Platform Online Courses Sulaman Tangan kami adalah 100% mesra iPad dan iPhone. Ini bermakna video yang disediakan di dalam platform ini boleh ditonton menggunakan iPad mahupun iPhone anda tanpa masalah.

Nota Teknik Bergambar Penuh

Kesemua nota teknik sulaman tangan ini boleh dimuat turun ke dalam komputer anda. Dan kesemuanya adalah nota berfoto yang dirakam di dalam studio menggunakan kepakaran jurufoto profesional.
Malahan, tiada step yang dilangkau dalam nota yang disediakan bagi menjamin anda memahami dan melihatnya dengan jelas sebagai rujukan peribadi anda.

Diskusi Hasil Kerja

Konsep pembelajaran kami adalah 2 hala komunikasi. Justeru, setiap daripada peserta online courses sulaman benang kami mampu berinteraksi dan menghantar hasil kerja latihan setiap teknik untuk diperbetulkan bersama. Malah anda boleh menghantar hasil latihan anda serta bertanya seberapa kerap yang dimahukan tanpa batasan.

Sijil Tamat Disediakan

Jika anda berjaya menamatkan kesemua modul Online Courses Sulaman Tangan ini, maka anda akan diberikan sijil yang akan dihantar oleh pihak kami terus ke rumah anda. Dan sebagai panel beberapa agensi yang bertauliah, anda akan mendapat sokongan dan pantauan sepenuhnya daripada kami dari semasa ke semasa.

Khidmat Runding Cara Percuma Seumur Hidup

Tidak cukup dengan ini, jika anda bergelar graduan bersama kami, maka khidmat konsultasi bersama kami selepas tamat pengajian adalah PERCUMA seumur hidup. Anda boleh bertanya dan menyoal kami apa jua permasalahan dan kemusykilan anda berkaitan dengan segala teknik yang telah dipelajari. Malahan, kami juga boleh berkongsi nasihat dan pendapat untuk meransang hala tuju anda sebagai usahawan dan sebagainya.

Testimoni

Jangan Lupa Mendaftar Hari ini!
Daftar dan mulakan sesi pembelajaran anda sekarang!

Testimoni

Graduan Online Courses Sulaman Tangan

Akademi Sulaman Classic telah mengorak langkah yang amat proaktif dengan cara mempelopori course secara online. Platform yang 100% diyakini sumber dan kaedah pengajarannya. Setiap langkah demi langkah ditunjukkan dan divideokan secara jelas. Grafik dan kualiti video yang berkualiti tinggi.

Assalamualaikum......Jutaan terima kasih atas tunjuk ajar yang telah ﹑Puan Syida berikan.Walaupun saya belajar secara online tetapi saya sangat sangat berpuashati atas segala penerangan yang sungguh mudah difahami melalui video dan nota yang telah disediakan. Setelah mengikuti online courses sulaman tangan ini,saya telahpun berjaya menyiapkan baju smoking kanak kanak yang ingin sangat hendak membuatnya. Dengan adanya teknik teknik perbagai corak itulah yang menarik minat untuk saya mempelajarinya sampai modul terakhirnya iaitu modul 05.

Dari pembelajaran sulaman tangan ini saya sekali lagi mendapat satu lagi kepuasan terhadap pembelajaran yang telah saya pelajari selama ini.Bukan setakat online sulaman tangan,saya sudah mengikuti course sulaman KERAWANG,MANIK dan REBEN dari Puan Syida.Semuanya secara online.

Bagi saya sunggh berbaloi sekali belajar sesuatu yang kita minati berhubung dalan bidang ini. Daripada modul 01 hingga modul 05.Semuanya teknik yang sungguh mudah ,menarik dan seronok untuk dipelajari..Syabas pada Puan Syida .. wasalam..

Saya sgt berpuas hati dan bangga kerana dpt mempelajari teknik2 sulaman benang yg di ajar oleh pn syida. saya pasti akan rekomen kepada teman2 yg lain.

Alhamdulilah saya telah berjaya menamatkan courses sulaman tangan, walaupun pada awalnya agak sukar bagi saya yang tidak begitu mahir dalam pengendalian
pembelajaran melalui komputer,dengan bantuan unit it saya dapat memahirkanya. Puan Syidah dapat menyampaikan teknik, tip dan aplikasi setiap modul dengan jelas
dan terperinci.

Terima kasih saya kepada Puan Syidah dan unit teknikal kerana berjaya menghasilkan satu platform sulaman tangan yang begitu baik sekali. Akhir sekali jika ada terkasar bahasa disepanjang pembelajaran saya harap maaf. Nanti saya untuk sulaman reben pula.

Assalamualaikum, saya tiada komen.. Cuma ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada puan syida dan semua yg terlibat dalam menjayakan program online courses sulaman tangan ini. Sistem mudah digunakan dan mudah di pelajari.. Penerangan dan step yg diajar jelas. dan TAHNIAH atas penghasilan sistem pembelajaran berteknologi ini. Sangat menjimatkan masa dan gembira mempelajari nya...

Terima kasih. ;-)

  • No-grv

    Norazlin Md Ariffin – Selangor

  • Roselind

    Roselind Razali – Bintulu

  • Safina

    Safina Mohd Anuar – Terengganu

  • Maselis (1)

    Maselis Bachok – Perak

  • Zumrah

    Zumrah Zakaria – Selangor

Recent Posts

Sulaman Tangan Dengan Material Benang, Nilon Atau Poliester

January 8, 2012

Sulaman Benang Menghias Busana Pengantin Lelaki

December 11, 2011

Bermulanya Minat Dalam Motif Fauna dan Abstrak Untuk Sulaman Benang

October 28, 2011

Komentar Terkini

  • Zubedah Badli on Mengenali Jenama Benang Untuk Rekaan Sulam Tangan
  • Rafilah Khusaini on Bolehkah Sulaman Tangan Dipelajari Tanpa Berguru?
  • A'isah Ja on Sulaman Tangan – Motif, Fesyen dan Identiti
  • Anatasha Bujang on Pelbagai Istilah Dalam Teknik Sulaman Tangan
  • Halimatus Sa'adiah Che Kassim on Pelbagai Istilah Dalam Teknik Sulaman Tangan

Cara Tampal Hotfix Mudah

Copyright 2012 - Mari Belajar Sulam, theme powered by Akademi Sulaman | Butik Sulaman Sri Classic