Sulaman benang bisanya dihasilkan pada bunga-bunga yang kecil dan dihasilkan secara berjambak. Namun, tahukah anda ia boleh dihasilkan dengan saiz
Read More
Penggunaan sulaman tangan atau sulaman benang atau sulaman tradisional merupakan satu perkara yang sama dalam seni sulaman. Jika dahulu, ia dilakukan pada seperah, alas bedak, alas pinggan dan sebagainya. Kini rekaan sulaman tangan telah berubah dan berkembang penggunaannya kepada dunia fesyen sulaman.
Oct 11
Teknik Bulion Sulaman Benang
Dalam menghasilkan rekaan untuk sulaman benang yang juga dikenali sebagai sulaman tangan, kebanyakan bunga-bungaan atau motif pelbagai bentuk haiwan dan sebagainya akan dibentuk menggunakan teknik bulion. Oleh itu, ingin saya tekankan di sini bahawa, anda perlu mahir dalam membuat teknik bulion ini. Dari cara melilit hingga ke cara menghilangkan tulangnya, setiap langkah jahitan teknik bulion ini perlu diambil berat dan diperhatikan sewaktu menyulam benang. Read More
Apr 15
Jahitan Lilit Ubi
KIA UNTUK MANIK, LILIT UBI UNTUK SULAM TANGAN
Sebagai permulaan sulaman, saya nasihatkan anda membuat jahitan kia, namun dalam sulaman benang ini, anda boleh menggunakan jahitan lilit ubi kecil dalam menggantikan mata kia tersebut. Ini kerana dalam sulaman benang memerlukan kehalusan yang tinggi sebab itulah jahitan kunci tadi ditukar kepada jahitan lilit ubi.
Dalam membuat jahitan lilit ubi ini, anda tidak perlu menyilangkan atau meletakkan pada sisi benang. Memadailah anda membuatnya dengan menindihkan dua jahitan kia pada tempat yang sama. Dengan ini jahitan anda akan Nampak lebih kemas dan cantik.
Selamat mencuba.
Apr 05
Teknik Bulion
TEKNIK BULION
Dalam membuat sulaman tangan atau juga dikenali sebagai sulaman benang, kebanyakan bunga-bungaan atau berbagai bentuk haiwan atau sebagainya akan menggunakan teknik bulion. Oleh itu, saya tekankan di sini bahawa anda perlu mahir dalam membuat teknik bulion ini. Dari cara melilit hingga ke cara menghilangkan tulangnya, setiap langkah teknik bulion ini perlu diambil perhatian dan dititik beratkan semasa menyulam.
Secara dasarnya, Teknik bulion, merupakan satu teknik gulungan benang yang dibuat secara teratur pada fabrik. Gulungan ini akan kelihatan sebaris dan tersusun. Jika gulungan ini tidak tersusun anda hanya akan mendapati gulungan yang dibuat akan kelihatan berbulu dan membentuk seperti seekor lintah.
Untuk mendapatkan gulungan yang kemas dan cantik, pergerakan anda perlu bermula dari bawah dan mengikut pusingan arah jam satu persatu dengan kemas. Malah, gulungan harus bermula dari hadapan anda dan berakhir di hadapan anda juga. Jika hal ini berlaku sebaliknya gulungan ini akan menjadi tidak kemas.
Untuk mempelajarinya secara terperinci, anda boleh mempelajarinya secara online dengan mengikuti kursus online dalam sulaman atau memiliki buku tulisan saya yang bertajuk koleksi sulaman manik terbitan alaf 21 yang hangat di pasaran. Layari www.sri2u.com bagi mendapatkan info tentang kursus online tersebut.
Selamat berjaya.

Komentar Terkini