Apabila melihat baju kanak-kanak yang ditambah dengan sulaman benang pada smoking, ia telah menarik perhatian saya. Apa yang menariknya adalah rekaan yang dihasilkan dengan sulaman benang itu tidak hanya tertumpu pada bentuk-bentuk bunga-bungaan sahaja.

Sulaman Benang Atas Jahitan Smoking

Apa yang menariknya, sulaman benang yang dihasilkan di atas jahitan smoking tersebut adalah motif fauna seperti rama-rama, tupai, lebah dan juga itik. Ia menjadikan baju kanak-kanak tersebut nampak unik dengan rekaan sulaman benang tersebut. Bagi saya, ia menjadikan satu ilham kepada saya supaya tidak memfokuskan kepada bunga-bungaan sahaja dalam rekaan sulaman benang saya.

Motif Abjad Dalam Permulaan Sulaman Benang

Oleh yang demikian, sebagai permulaannya, saya mencuba untuk menghasilkan sulaman-sulaman benang dengan menghasilkan abjad-abjad tertentu sehingga menjadi setu perkataan kepada busana tradisional anak-anak remaja pelanggan saya. Ternyata, mereka lebih menggemari rekaan saya kerana bagi mereka apa yang saya hasilkan itu mempunyai keunikannya tersendiri.

Rekaan Sulaman Benang Untuk Pelbagai Bahan

Dari situlah, saya turut menghasilkan rekaan yang tidak tertumpu pada busana sahaja. Malahan beg-beg yang dibuat daripada kain milik anda perempuan saya turut menjadi medan untuk saya berkarya menghasilkan sulaman benang ini dengan pelbagai motif. Tidak tertumpu pada motif-motif abjad sahaja, saya turut mencuba menghasilkan sulaman benang ini dengan motif-motif fauna.

Kunci Dalam Sulaman Benang Penting

Pada permulaannya, amat sukar untuk saya menggayakan bagaimana untuk memulakan sulaman benang dengan menghasilkan motif sebegini, namun setelah mendapat ‘kunci’ teknik yang perlu digunakan, maka hasilnya amat memuaskan hati saya tatkala anak perempuan saya turut menyukai hasil sulaman benang yang direka. Itulah kemanisan yang saya peroleh setelah dihargai oleh orang yang anda sayangi dalam sesuatu kerja yang dilakukan.

Malahan, kesemua kemahiran seni sulaman ini juga telah mengeratkan kasih sayang saya dengan orang yang saya sayangi. Anda pula bagaimana?

Selamat Mencuba!

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas, Butik dan Akademi Sulaman Sri Classic

Moderator Online Courses Sulaman Tangan

Sulaman Tangan Benang Online

Jom Belajar Sulaman Benang Secara Online!

Sulaman Benang Tangan
Sulaman Benang KAIT
Buku Sulaman Benang
Seni Sulaman Benang
Cara Sulaman Benang
Gambar Sulaman Benang

Tags: sulaman, corak sulaman benang, motif fauna abstrak, motif fauna, kait benang motif bunga, motif sulaman abstrak, maribelajarsulamantangan com, sulaman tangan, cara sulaman mengait benang, cara mengait rama rama

112 comments

  1. Zoyah A Kadir
  2. Siti Fatimah Saleh
  3. Sakinah M Yusoff
  4. Tengku Khir Mahmood
  5. Zaitun Nasir
  6. Jessica Sofian
  7. Julia Mena
  8. Tengku Khir Massidi
  9. Rafeah Saleh

Trackback e pingback

No trackback or pingback available for this article

Leave a Reply