Sulaman tangan amat unik dan begitu popular di negara-negara Eropah, Thailand, Vietnam, China dan Indonesia. Ini kerana, mereka menghasilkan produk kraf tangan yang bernilai tinggi dengan hanya menggunakan sulaman tangan. Bagi pengguna di dalam masyarakat mereka, ia menjadi kebanggaan jika dapat memiliki barangan hasil seni sulaman tangan yang hanya boleh dimiliki oleh golongan bangsawan suatu masa dahulu.

Perkembangan Rekaan Fesyen Sulaman Tangan.

Oleh itu, setiap barangan sulaman tangan akan mendapat sambutan daripada masyarakat negara tersebut. Begitu juga dengan hasil rekaan sulaman tangan di negara kita, ia juga sama seperti di negara-negara tersebut. Namun, perkembangan seni sulaman tangan atau juga dikenali sebagai sulam benang ini agak lambat sedikit di negara kita berbanding dengan sulaman manik.

Menguasai Sulaman Tangan Tidak Seperti Menguasai Sulaman Manik.

Jika dilihat kepada faktor kemahiran menghasilkan sulaman tangan, ia merupakan punca utama yang melambatkan perkembangan fesyen busana bersulam benang ini. Ini kerana setiap hasil sulaman tangan tidaklah semudah sulaman manik yang hanya boleh ditiru tanpa mempelajari teknik penghasilannya. Walau pun tidak kemas, hasil sulaman manik yang ditiru atau lebih dikenali dengan jahitan ‘hentam kromo’ juga dapat menghasilkan rekaan sulaman manik. Cuma tiada kekemasan sahaja apabila rekaan dihasilkan sebegini.

Berguru Untuk Menguasai Sulaman Tangan.

Tetapi perkara ini agak mustahil dalam menghasilkan sulaman tangan. Jika ia tidak dihasilkan dengan teknik yang betul atau dihasilkan sekadar meniru sahaja, ia tidak akan menjadi. Hal ini kerana rekaan sulaman tangan tadi tidak akan membentuk seperti bentuk sulaman yang dikehendaki. Jadi, setiap teknik sulaman tangan ini perlu dipelajari bersama guru dan bukan sekadar melalui pembacaan atau buku sahaja.

Maksudnya, tiada istilah ‘hentam kromo’ dalam menghasilkan rekaan sulaman tangan. Itulah nilai dan prestijnya hasil sulaman benang berbanding dengan sulaman-sulaman yang lain. Unik sememangnya ia unik dan mempunyai nilai tersendiri dalam mengekalkan seni sulaman tersebut.

Itulah seni sulaman tangan yang sangat bernilai untuk anda pelajari.

Selamat Mencuba!

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas, Butik dan Akademi Sulaman Sri Classic

Moderator Online Courses Sulaman Tangan

Sulaman Tangan Benang Online

Product Name: Bolehkah Sulaman Tangan Dipelajari Tanpa Berguru? 462
Product Rating: 4.5
Summary: A review on Bolehkah Sulaman Tangan Dipelajari Tanpa Berguru? 462
Reviewed by: Seni Warisan Sulaman
Price: $184
Tags: sulaman tangan china, tehnik sulam benang, bolehkah belajar menjahit dengan internet, sulaman benang, corak sulaman, meruqyah tanpa berguru, sulam tangan, kraf sulaman tangan, sulam benang, menguasai sulaman manik

33 comments

Trackback e pingback

No trackback or pingback available for this article

Leave a Reply