Mengenali benang sulam tangan tidaklah sukar kerana pelbagai jenis benang boleh digunakan dalam menghasilkan teknik sulam tangan. Ini kerana sulaman hanya memfokuskan kepada material benang itu sahaja.

Peranan Dalam Menghidupkan Rekaan Sulam Tangan

Jika benang yang berkualiti dan lembut digunakan, maka hasil sulam tangan yang dibuat akan nampak seolah-olah hidup dan sangat cantik. tetapi jika benang yang digunakan sedikit kasar atau keras, jadi sulaman yang terhasil akan menampakkan bentuknya yang sedikit kasar.

Kelebihan Benang Pearl Cotton Venus Untuk Hasil Sulam Tangan.

Jika yang ada yang bertanya benang jenis apa yang biasa saya gunakan untuk setiap hasil rekaan sulam tangan saya, maka sudah tentu saya menggunakan benang jenis pearl cotton venus. Benang Pearl Cotton Venus adalah benang yang terbaik untuk menghasilkan sulam tangan. Ini kerana ia nampak seakan-akan benang sutera silk yang lembut. Malah warnanya yang pelbagai dan lebih kepada warna-warna pastel menjadikan hasil sulam tangan anda nampak lebih elegan dan stylish.

Jika anda penggemar rekaan sulam tangan yang sukakan motif-motif Inggeris yang lebih menonjolkan motif abstrak dan fauna, warna-warna pastel pearl cotton ini menjadi pilihan terbaik. Lagipun benang sulam tangan ini mampu dimiliki kerana harganya tidaklah terlalu mahal dan terlalu murah. Harga benang sulam tangan jenama ini mampu dibeli oleh setiap penyulam.

Benang Lain Boleh Digunakan Dalam Menghasilkan Teknik Sulam Tangan

Walaupun begitu, jika anda tidak dapat memiliki benang pearl cotton tersebut, anda boleh menggunakan benang jenis lain seperti benang DMC, benang cap burung dan sebagainya. Ini kerana seperti mana yang telah saya khabarkan sebelumnya, setiap benang boleh menghasilkan rekaan sulam tangan. tetapi kualiti hasil sulam tangan anda adalah tertakluk kepada kualiti benang yang digunakan.

Ini kerana dalam sulam tangan, kualiti benang dan teknikal penghasilannya adalah sama seiring. Cuma dengan pengolahan yang betul, ia tetap akan menjadi cantik sekiranya kombinasi dan teknik penghasilan sulam tangan dipadankan dengan betul.

Selamat Mencuba!

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas, Butik dan Akademi Sulaman Sri Classic

Moderator Online Courses Sulaman Tangan

Sulaman Tangan Benang Online

Jom Belajar Sulaman Tangan Benang Secara Online!

Product Name: Mengenali Jenama Benang Untuk Rekaan Sulam Tangan 887
Product Rating: 4.7
Summary: A review on Mengenali Jenama Benang Untuk Rekaan Sulam Tangan 887
Reviewed by: Seni Warisan Sulaman
Price: $173
Tags: sulaman tangan motif abstrak, sulam bunga, tempahan tag jenama, jual benang sulam sutra, benang dan harganya, harga benang sulam venus pearl, benang terbaik untuk sulaman, venus pearl cotton, sutera warna pastel malaysia, “perle” jenama dmc

57 comments

Trackback e pingback

No trackback or pingback available for this article

Leave a Reply