Sulaman benang pada busana pengantin lelaki yang polos boleh mengurangkan busana tersebut dari nampak suram. Malahan ia boleh disulam dengan pelbagai cara sama ada dengan sulaman kerawang, sulaman reben, manik mahupun sulaman benang. Jika busana tersebut masih belum dijahit, ia boleh masih boleh disulam dengan sulaman kerawang. Tetapi jika ia telah siap sepenuhnya, ia boleh ditambah dengan sulaman benang, manik ataupun riben sahaja.

Sulaman Benang Lebih Sesuai Dikenakan Pada Busana Pengantin Lelaki

Jika sulaman manik yang dikenakan pada busana tersebut, ia nampak biasa sahaja tetapi jika busana tersebut dikenakan dengan sulaman benang, ia akan memberi kelainan pada baju pengantin yang dipakai mempelai.

Bukan apa, ia akan nampak unik sedikit apabila sulaman benang dihasilkan pada busana pengantin lelaki. Ini kerana busana bagi pengantin lelaki memerlukan rekaan yang simple dan unik untuk mencantikkannya lagi. Jika terlalu padat, ia bakal mencacatkan busana pengantin lelaki tersebut. Sebab itulah sulaman benang amat sesuai diguna sebagai aksesori untuk mencantikkan lagi busana tersebut.

Bunga-Bungaan Sulaman Benang Yang Kecil Memberi Kelainan Pada Busana Pengantin Lelaki

Bunga-bunga sulaman benang yang kecil serta boleh dihasilkan dengan corak-corak abstrak sedikit sebanyak memberi kelainan pada busana pengantin lelaki. Jika normalnya, hanya pengantin perempuan sahaja yang menjadi tarikan dengan busana-busana mewahnya, tetapi apa salahnya jika sesekali kita berubah angin dengan mencantikkan lagi kedua-dua busana pengantin tersebut baik lelaki mahupun perempuan. Agar ia memberi kenangan yang manis dan abadi untuk kedua-dua mempelai.

Oleh itu, bagi busana lelaki, sulaman benang boleh dihasilkan pada bahagian butang depan, leher cekak musang, tangan, poket dan hanya mengambil alih bunga yang disematkan di bahagian dada. Ia amat menarik jika digayakan dengan sulaman benang.

Uniknya Rekaan Sulaman Benang Jika Dikenakan Pada Busana Pengantin Lelaki

Keunikan sulaman benang itu sendiri akan menjadikan busana pengantin lelaki tampak lain penampilannya berbanding gaya yang bersahaja sebelum ini. Walau pun ia tidak bersinar-sinar atau mengerlip seperti sulaman manik, ini tidak bermakna sulaman benang ini tidak menyerlah. Ini kerana setiap rekaan corak sulaman benang mempunyai auranya tersendiri kerana keunikannya dengan corak yang kecil dan comel bersesuaian dengan imej pengantin lelaki.

Selamat Mencuba!

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas, Butik dan Akademi Sulaman Sri Classic

Moderator Online Courses Sulaman Tangan

Sulaman Tangan Benang Online

Jom Belajar Sulaman Benang Secara Online!

Teknik Sulaman Ben Ang
Gambar Sulaman Benang
Cara Sulaman Benang
Buku Sulaman Benang
Sulaman Benang KAIT
Sulaman Benang Tangan

Product Name: Sulaman Benang Menghias Busana Pengantin Lelaki 567
Product Rating: 4.7
Summary: Sulaman Benang Menghias Busana Pengantin Lelaki 567
Reviewed by: Seni Warisan Sulaman
Price: $170
Tags: f, lelaki, cara-cara menjahit sulaman tangan benang leher baju, menghias busana, busana pengantin, baju pengantin lelaki, sulam tangan, sulaman reben cours, busana pengantin perempuan, sulam benang

51 comments

Trackback e pingback

No trackback or pingback available for this article

Leave a Reply