Sulaman benang bisanya dihasilkan pada bunga-bunga yang kecil dan dihasilkan secara berjambak. Namun, tahukah anda ia boleh dihasilkan dengan saiz
Read More
Feb 20
Sulaman Benang Rekaan Eropah
Sulaman benang juga dikenali sebagai sulaman tangan ini menggunakan benang semata-mata dalam menghasilkannya. Malahan sulaman benang ini banyak dipengaruhi oleh rekaan sulaman dari Eropah dalam menghasilkan motif sulaman benang.
Motif Rekaan Sulaman Benang Eropah
Ini kerana jarang kita menghasilkan motif bunga cengkih atau awan larat pada sulam benang ini kerana pengaruh Eropah amat besar dalam setiap penghasilan rekaan sulaman benang. Ini kerana motif yang sentiasa menjadi kegemaran dalam sulaman benang ini adalah motif bunga ros, lavender, geometri dan juga motif fauna.
Kemewahan Lambang Dekorasi Dihiasi Sulaman Benang.
Jika di Eropah, rekaan sulaman benang ini menjadi satu kemewahan sekiranya anda memiliki alatan dekorasi yang dihiasi dengan sulaman benang. Sebagai contoh alas meja, alas cawan, alas menyenduk nasi dan lain-lain. Malahan jika dilihat di dalam rumah-rumah di Eropah, dapur mereka juga dihiasi dengan pelbagai jenis rekaan berasaskan sulaman benang. Ini kerana di Eropah, mereka amat menghargai hasil seni yang dibuat daripada tangan ini. Malahan jika dihasilkan secara eksklusif seperti dibuat secara kecil-kecilan di rumah ia lebih mendapat perhatian kerana ia lebih asli dan original.
Pendedahan Tentang Sulaman Benang Dalam Negara.
Fenomena ini adalah bertentangan dengan negara kita di daman dalam mengiktiraf hasil seni seperti sulaman benang. Mungkin tiada pendedahan yang mendalam tentang kesenian seni kerajinan tangan ini menyebabkan kita lebih fokus kepada jenama atau penghasilan rekaan dalam jumlah dan bukannya kualiti. Ini kerana walaupun hasilnya tidak memuaskan, individu yang menginginkan sulaman benang ini dapat memperolehnya mengikut kemampuan masing-masing.
Itulah uniknya sulaman benang apabila nilainya dihargai bagi mereka yang benar-benar mengetahui tentang nilai kesenian sulaman tangan tersebut.
Ikhlas,
Syahida Ramli,
Pengasas, Butik Akademi Sulaman Sri Classic
Moderator Online Courses Sulaman Tangan Benang
Product Rating: 4.5
Summary: A review on Sulaman Benang Rekaan Eropah 268
Reviewed by: Seni Warisan Sulaman
Price: $194

47 comments
Trackback e pingback
No trackback or pingback available for this article