Material benang juga memberi kesan kepada kualiti jahitan sulaman tangan. Sebagai contohnya, dalam sesuatu corak sulaman tangan, biasanya material kapas digunakan untuk menghasilkan bunga-bungaan sulam. Namun, jika elemen material yang lain digunakan, pastinya memberi impak dalam kualiti sulaman tangan itu sendiri.

Mengubah Material Kapas Kepada Poliester Dalam Rekaan Sulaman Tangan

Baru-baru ini, ada seorang kenalan bertanya kepada saya supaya material sulaman tangan diubah daripada material kapas kepada material poliester ataupun nilon. Pada mulanya saya sedikit terkejut kerana biasanya saya menggunakan material kapas yang lembut tetapi cadangan kenalan tadi menjadikan cabaran kepada saya dalam menghasilkan bunga sulaman tangan. Walaupun begitu, saya mencubanya dengan menggunakan benang nilon yang biasanya digunakan untuk menghasilkan kuilt atau kait.

Hasil Sulaman Tangan Sedikit Keras tetapi Menarik

Rasa teruja juga setelah bunga sulaman tangan diperbuat daripada benang nilon tersebut siap. Walau pun hasil sulamannya sedikit keras, ia terhasil ibarat bunga stoking yang cantik. Itulah uniknya sulaman tangan jika dihasilkan menggunakan benang nilon dan diadun dengan sedikit kreativiti.

Kelopak bunga sulaman tangan akan nampak tegap dan kukuh berbanding dengan sulaman tangan yang diperbuat daripada benang kapas ataupun benang sutera. Apa pun material yang digunakan untuk menghasilkan sulaman tangan ini, ia dapat dibezakan dengan teknik-teknik penghasilan bunga sulam yang pelbagai bentuk.

Keunikan Hasil Corak Sulaman Tangan Dengan Berbekalkan Hanya Teknik Asas

Itulah yang menjadikan hasil sulaman tangan ini nampak lebih unik dan menarik walaupun ia hanya bermula dengan teknik-teknik asas seperti bulion dan tali air. Dengan sedikit kreativiti yang ada, anda mampu menghasilkan karya-karya sulaman tangan yang menarik yang boleh menaikkan imej anda sebagai penyulam yang profesional dan mahir.

Selamat Mencuba!

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas, Butik dan Akademi Sulaman Sri Classic

Moderator Online Courses Sulaman Tangan

Sulaman Tangan Benang Online

Jom Belajar Sulaman Benang Secara Online!

Tags: sulaman tangan, sulaman benang, sulaman benang kait, sulam tangan

192 comments

  1. Husna Farisa Lutfi
  2. Bashirah Khusaini
  3. Ursula Jaafar
  4. Farah Ahmad
  5. Haifa Atiqah Haroon
  6. Alisha Wahid
  7. Mashitah M Ghazali
  8. Nurin Najwa Mena
  9. Fatma Saleh
  10. Linda Khushairi
  11. Linda Simpson
  12. Noor Istiqa Ithnin
  13. Faiqah Khalili
  14. Bahiah Faudah Ishaq
  15. Zaitun Ithnin
  16. Sabariah B
  17. Norlisa Ja
  18. Siti Hajar Haroon
  19. Tengku Khir Abd Kassim
  20. Adriana Amizah Nisaa
  21. Kamariah Tengku M
  22. Zahidah Wahid
  23. Kamariah Solehin
  24. Fatma Syed Nasir
  25. Fakirah M Muaz
  26. Siti Fatimah Ahmad
  27. Rafilah Wahid
  28. Nik Hasnah Hakim
  29. Tengku Fauziah Kassim
  30. Susan Othman

Trackback e pingback

No trackback or pingback available for this article

Leave a Reply