Dalam menghasilkan rekaan sulaman tangan ini, kesabaran yang tinggi dituntut kepada setiap penyulam. Ini kerana, jika arah lilitan tidak menjadi atau terbalik, pastinya rekaan sulaman tangan yang dihasilkan tidak menjadi.

Sulaman Tangan Bermotif Bunga Ros

Seperti mana sulaman riben, motif sulaman tangan yang menjadi tarikan kepada individu untuk mempelajarinya adalah motif bunga ros. Hal ini berkemungkinan ia dipengaruhi oleh rekaan sulaman tangan Eropah dan Inggeris kerana ia boleh dilihat pada fesyen busana kanak-kanak atau dalam rekaan jahitan smoking.

Sulaman Tangan Menghiasi Tudung Bawal

Namun, pada sekitar tahun 2009 dan sehingga kini, barulah kita didedahkan dengan trend tudung bawal yang mempunyai rekaan sulaman tangan. Di sini, kita dapati bahawa motif sulaman tangan lebih kepada motif tempatan yang menggunakan motif sulur kacang dan awan larat sebagai bingkai dalam rekaan sulaman tangan tersebut.

Sulaman Tangan Dengan Motif Bunga

Motif bunga juga mula diperkenalkan dengan motif bunga cendawan yang mempunyai 5 kelopak dan dibuat secara bertingkat-tingkat dengan warna yang agak kontra bagi menaikkan lagi seri hasil sulaman tangan tersebut.

Justeru, jika anda ingin tonjolkan motif tempatan  mahupun motif Inggeris, rekaan sulaman tangan ini boleh menaikkan seri busana anda yang polos. Malahan, ia tergolong pada suatu seni yang mempunyai pemintanya yang tersendiri. Dan inilah keunikan setiap rekaan fesyen sulaman tangan yang mana ia kekal dengan identitinya dan tidak lapuk ditelan zaman.

Selamat Mencuba!

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Moderator Online Courses Sulaman Tangan

Sulaman Tangan Benang Online

Product Name: Sulaman Tangan – Motif, Fesyen dan Identiti 763
Product Rating: 4.5
Summary: A review on Sulaman Tangan – Motif, Fesyen dan Identiti 763
Reviewed by: Seni Warisan Sulaman
Price: $184
Tags: bunga sulaman tangan, sulaman benang, seri sulaman manik, ana hickmann, tentang jahitan smocking, blog sulaman riben, taj mahal, menaikkan mood belajar, gambar sulaman, sulaman tangan bermotif tangan

43 comments

Trackback e pingback

No trackback or pingback available for this article

Leave a Reply