Posts Tagged ‘belajar sulam tangan’

Sulaman benang pada busana pengantin lelaki yang polos boleh mengurangkan busana tersebut dari nampak suram. Malahan ia boleh disulam dengan pelbagai cara sama ada dengan sulaman kerawang, sulaman reben, manik mahupun sulaman benang. Jika busana tersebut masih belum dijahit, ia boleh masih boleh disulam dengan sulaman kerawang. Tetapi jika ia telah siap sepenuhnya, ia boleh

Read More

Apabila melihat baju kanak-kanak yang ditambah dengan sulaman benang pada smoking, ia telah menarik perhatian saya. Apa yang menariknya adalah rekaan yang dihasilkan dengan sulaman benang itu tidak hanya tertumpu pada bentuk-bentuk bunga-bungaan sahaja.

Sulaman tangan amat unik dan begitu popular di negara-negara Eropah, Thailand, Vietnam, China dan Indonesia. Ini kerana, mereka menghasilkan produk kraf tangan yang bernilai tinggi dengan hanya menggunakan sulaman tangan. Bagi pengguna di dalam masyarakat mereka, ia menjadi kebanggaan jika dapat memiliki barangan hasil seni sulaman tangan yang hanya boleh dimiliki oleh golongan bangsawan suatu

Read More

Bercerita tentang sulaman tangan ini, ramai yang ingin mempelajarinya setelah ia kini menjadi trend pada tudung dan busana polos. Malahan, hasil rekaan sulaman tangan ini juga mampu dilihat pada aksesori beg, kasut, dan alatan dekorasi rumah.

Sulaman tangan kini amat diminati bukan sahaja untuk dipakai hasilnya tetapi juga untuk dipelajari bagaimana ia dihasilkan. Uniknya sulaman tangan ini hanya dihasilkan dengan menggunakan benang sahaja. Malahan dengan itu, ia mampu menghasilkan rekaan sulaman tangan yang sangat cantik.

Uniknya sulaman tangan ini ialah walaupun ia mempunyai bentuk-bentuk atau hasil rekaan motif sulaman yang kecil, ia masih menjadi minat kepada wanita masa kini. Dan ramai di kalangan wanita di luar sana cuba untuk memiliki fabrik busana yang mempunyai hasil corak sulaman tangan.

Sulaman tangan suatu seni yang sentiasa diminati sepanjang zaman. Namun akhir-akhir ini, saya melihat rekaan sulaman tangan telah mula dikenali ramai kerana ia menjadi trend terutamanya rekaan yang dihasilkan pada tudung Muslimah.

Dalam memulakan proses menyulam rekaan sulaman benang anda, adalah dinasihatkan agar anda membuat jahitan kia. Namun dalam rekaan sulaman benang, anda boleh menggunakan jahitan lilit ubi kecil bagi menggantikan mata kia tersebut. Ini kerana dalam sulaman benang, kehalusan yang tinggi dalam setiap rekaan amat dituntut dan kerana itulah jahitan kia atau jahitan kunci tadi ditukar

Read More

Dalam menghasilkan rekaan untuk sulaman benang yang juga dikenali sebagai sulaman tangan, kebanyakan bunga-bungaan atau motif pelbagai bentuk haiwan dan sebagainya akan dibentuk menggunakan teknik bulion. Oleh itu, ingin saya tekankan di sini bahawa, anda perlu mahir dalam membuat teknik bulion ini. Dari cara melilit hingga ke cara menghilangkan tulangnya, setiap langkah jahitan teknik bulion

Read More

Apr 05

Teknik Bulion

TEKNIK BULION Dalam membuat sulaman tangan atau juga dikenali sebagai sulaman benang, kebanyakan bunga-bungaan atau berbagai bentuk haiwan atau sebagainya akan menggunakan teknik bulion. Oleh itu, saya tekankan di sini bahawa anda perlu mahir dalam membuat teknik bulion ini. Dari cara melilit hingga ke cara menghilangkan tulangnya, setiap langkah teknik bulion ini perlu diambil perhatian

Read More