Posts Tagged ‘cara menyulam’

Sulaman tangan kini mula diminati kerana pengaruh fesyen luar mula masuk ke dalam negara kita. Ini kerana, fesyen Muslimah mulai berkembang dengan pesatnya di dalam negara kita. Ekoran daripada itu, sulaman tangan turut menjadi minat di kalangan wanita yang gemar mencuba fesyen terbaru.

Penggunaan sulaman tangan atau sulaman benang atau sulaman tradisional merupakan satu perkara yang sama dalam seni sulaman. Jika dahulu, ia dilakukan pada seperah, alas bedak, alas pinggan dan sebagainya. Kini rekaan sulaman tangan telah berubah dan berkembang penggunaannya kepada dunia fesyen sulaman.

Sulaman tangan suatu seni yang sentiasa diminati sepanjang zaman. Namun akhir-akhir ini, saya melihat rekaan sulaman tangan telah mula dikenali ramai kerana ia menjadi trend terutamanya rekaan yang dihasilkan pada tudung Muslimah.

Dalam memulakan proses menyulam rekaan sulaman benang anda, adalah dinasihatkan agar anda membuat jahitan kia. Namun dalam rekaan sulaman benang, anda boleh menggunakan jahitan lilit ubi kecil bagi menggantikan mata kia tersebut. Ini kerana dalam sulaman benang, kehalusan yang tinggi dalam setiap rekaan amat dituntut dan kerana itulah jahitan kia atau jahitan kunci tadi ditukar

Read More