Posts Tagged ‘contoh sulaman tangan’

Jika kini, sulaman manik muncul dengan konsep 3D. Tidak ketinggalan juga dengan sulaman tangan. Ia boleh juga menampilkan konsep 3D. Hal ini kerana seperti mana kita menghasilkan teknik kait bulu kambing pada rekaan baju kanak-kanak mahupun baju sejuk. Teknik yang sama juga dihasilkan bagi menampakkan konsep 3D pada sulaman tangan.

Hakikatnya, tidak sukar untuk mencari atau menghasilkan motif sulaman tangan kerana apa yang ingin dicorakkan tertumpu kepada fabrik polos sahaja. Dengan ini ia dapat digubah bagi menghasilkan corak sulaman tangan yang menarik kerana tidak terikat dengan corak fabrik yang bercorak-corak.

Sulaman benang juga dikenali sebagai sulaman tangan ini menggunakan benang semata-mata dalam menghasilkannya. Malahan sulaman benang ini banyak dipengaruhi oleh rekaan sulaman dari Eropah dalam menghasilkan motif sulaman benang.