Posts Tagged ‘corak sulaman benang’

Sulaman benang biasanya dihasilkan pada bunga-bunga yang kecil dan dihasilkan secara berjambak. Namun, tahukah anda ia boleh dihasilkan dengan saiz yang lebih besar dengan penggunaan jarum yang lebih besar sebagai acuan dalam menghasilkan bunga-bungaan sulaman benang ini.

Apabila melihat baju kanak-kanak yang ditambah dengan sulaman benang pada smoking, ia telah menarik perhatian saya. Apa yang menariknya adalah rekaan yang dihasilkan dengan sulaman benang itu tidak hanya tertumpu pada bentuk-bentuk bunga-bungaan sahaja.

Sulaman tangan kini menjadi semakin popular untuk dihasilkan pada busana. Malahan, ramai di luar sana ingin mempelajarinya agar dapat dihasilkan pada busana masing-masing.

Hakikatnya, tidak sukar untuk mencari atau menghasilkan motif sulaman tangan kerana apa yang ingin dicorakkan tertumpu kepada fabrik polos sahaja. Dengan ini ia dapat digubah bagi menghasilkan corak sulaman tangan yang menarik kerana tidak terikat dengan corak fabrik yang bercorak-corak.

Dalam memulakan proses menyulam rekaan sulaman benang anda, adalah dinasihatkan agar anda membuat jahitan kia. Namun dalam rekaan sulaman benang, anda boleh menggunakan jahitan lilit ubi kecil bagi menggantikan mata kia tersebut. Ini kerana dalam sulaman benang, kehalusan yang tinggi dalam setiap rekaan amat dituntut dan kerana itulah jahitan kia atau jahitan kunci tadi ditukar

Read More