Posts Tagged ‘corak sulaman’

Apabila melihat baju kanak-kanak yang ditambah dengan sulaman benang pada smoking, ia telah menarik perhatian saya. Apa yang menariknya adalah rekaan yang dihasilkan dengan sulaman benang itu tidak hanya tertumpu pada bentuk-bentuk bunga-bungaan sahaja.

Sulaman tangan amat unik dan begitu popular di negara-negara Eropah, Thailand, Vietnam, China dan Indonesia. Ini kerana, mereka menghasilkan produk kraf tangan yang bernilai tinggi dengan hanya menggunakan sulaman tangan. Bagi pengguna di dalam masyarakat mereka, ia menjadi kebanggaan jika dapat memiliki barangan hasil seni sulaman tangan yang hanya boleh dimiliki oleh golongan bangsawan suatu

Read More

Sebenarnya, dalam kemahiran sulaman tangan ini, apa yang perlu anda titik beratkan adalah berkaitan dengan teknik penghasilan sulaman tangan itu sendiri. Hal ini kerana, jika anda dapat menghasilkan teknik sulaman tangan yang mengikut langkah dan prosedurnya dengan betul, maka sudah barang pasti, hasil rekaan sulaman tangan anda akan mendapat sambutan dan perhatian kepada sesiapa yang

Read More

Hakikatnya, tidak sukar untuk mencari atau menghasilkan motif sulaman tangan kerana apa yang ingin dicorakkan tertumpu kepada fabrik polos sahaja. Dengan ini ia dapat digubah bagi menghasilkan corak sulaman tangan yang menarik kerana tidak terikat dengan corak fabrik yang bercorak-corak.

Uniknya sulaman tangan ini ialah walaupun ia mempunyai bentuk-bentuk atau hasil rekaan motif sulaman yang kecil, ia masih menjadi minat kepada wanita masa kini. Dan ramai di kalangan wanita di luar sana cuba untuk memiliki fabrik busana yang mempunyai hasil corak sulaman tangan.

Dalam menghasilkan rekaan sulaman tangan ini, kesabaran yang tinggi dituntut kepada setiap penyulam. Ini kerana, jika arah lilitan tidak menjadi atau terbalik, pastinya rekaan sulaman tangan yang dihasilkan tidak menjadi.

Sulaman tangan kini mula diminati kerana pengaruh fesyen luar mula masuk ke dalam negara kita. Ini kerana, fesyen Muslimah mulai berkembang dengan pesatnya di dalam negara kita. Ekoran daripada itu, sulaman tangan turut menjadi minat di kalangan wanita yang gemar mencuba fesyen terbaru.