Posts Tagged ‘maribelajarsulamantangan com’

Apabila melihat baju kanak-kanak yang ditambah dengan sulaman benang pada smoking, ia telah menarik perhatian saya. Apa yang menariknya adalah rekaan yang dihasilkan dengan sulaman benang itu tidak hanya tertumpu pada bentuk-bentuk bunga-bungaan sahaja.

Sulaman tangan amat unik dan begitu popular di negara-negara Eropah, Thailand, Vietnam, China dan Indonesia. Ini kerana, mereka menghasilkan produk kraf tangan yang bernilai tinggi dengan hanya menggunakan sulaman tangan. Bagi pengguna di dalam masyarakat mereka, ia menjadi kebanggaan jika dapat memiliki barangan hasil seni sulaman tangan yang hanya boleh dimiliki oleh golongan bangsawan suatu

Read More

Jika kini, sulaman manik muncul dengan konsep 3D. Tidak ketinggalan juga dengan sulaman tangan. Ia boleh juga menampilkan konsep 3D. Hal ini kerana seperti mana kita menghasilkan teknik kait bulu kambing pada rekaan baju kanak-kanak mahupun baju sejuk. Teknik yang sama juga dihasilkan bagi menampakkan konsep 3D pada sulaman tangan.

Sulaman tangan suatu seni yang sentiasa diminati sepanjang zaman. Namun akhir-akhir ini, saya melihat rekaan sulaman tangan telah mula dikenali ramai kerana ia menjadi trend terutamanya rekaan yang dihasilkan pada tudung Muslimah.