Posts Tagged ‘motif sulam’

Apabila melihat baju kanak-kanak yang ditambah dengan sulaman benang pada smoking, ia telah menarik perhatian saya. Apa yang menariknya adalah rekaan yang dihasilkan dengan sulaman benang itu tidak hanya tertumpu pada bentuk-bentuk bunga-bungaan sahaja.

Hakikatnya, tidak sukar untuk mencari atau menghasilkan motif sulaman tangan kerana apa yang ingin dicorakkan tertumpu kepada fabrik polos sahaja. Dengan ini ia dapat digubah bagi menghasilkan corak sulaman tangan yang menarik kerana tidak terikat dengan corak fabrik yang bercorak-corak.

Dalam menghasilkan rekaan sulaman tangan ini, kesabaran yang tinggi dituntut kepada setiap penyulam. Ini kerana, jika arah lilitan tidak menjadi atau terbalik, pastinya rekaan sulaman tangan yang dihasilkan tidak menjadi.

Sulaman benang juga dikenali sebagai sulaman tangan ini menggunakan benang semata-mata dalam menghasilkannya. Malahan sulaman benang ini banyak dipengaruhi oleh rekaan sulaman dari Eropah dalam menghasilkan motif sulaman benang.