Posts Tagged ‘motif sulaman’

Sulaman benang pada busana pengantin lelaki yang polos boleh mengurangkan busana tersebut dari nampak suram. Malahan ia boleh disulam dengan pelbagai cara sama ada dengan sulaman kerawang, sulaman reben, manik mahupun sulaman benang. Jika busana tersebut masih belum dijahit, ia boleh masih boleh disulam dengan sulaman kerawang. Tetapi jika ia telah siap sepenuhnya, ia boleh

Read More

Corak rekaan sulaman tangan tidak banyak berubah, kerana masih menggunakan motif bunga ros, dahlia, dan juga bunga cendawan. Ini disebabkan motif-motif sulaman benang ini cantik diolah menjadi sesuatu rekaan. Cuma yang membezakannya adalah lakaran corak rekaan yang sesuai dengan warna fabrik sama ada tudung ataupun busana pakaian.

Bercerita tentang sulaman tangan ini, ramai yang ingin mempelajarinya setelah ia kini menjadi trend pada tudung dan busana polos. Malahan, hasil rekaan sulaman tangan ini juga mampu dilihat pada aksesori beg, kasut, dan alatan dekorasi rumah.

Hakikatnya, tidak sukar untuk mencari atau menghasilkan motif sulaman tangan kerana apa yang ingin dicorakkan tertumpu kepada fabrik polos sahaja. Dengan ini ia dapat digubah bagi menghasilkan corak sulaman tangan yang menarik kerana tidak terikat dengan corak fabrik yang bercorak-corak.

Uniknya sulaman tangan ini ialah walaupun ia mempunyai bentuk-bentuk atau hasil rekaan motif sulaman yang kecil, ia masih menjadi minat kepada wanita masa kini. Dan ramai di kalangan wanita di luar sana cuba untuk memiliki fabrik busana yang mempunyai hasil corak sulaman tangan.

Dalam menghasilkan rekaan sulaman tangan ini, kesabaran yang tinggi dituntut kepada setiap penyulam. Ini kerana, jika arah lilitan tidak menjadi atau terbalik, pastinya rekaan sulaman tangan yang dihasilkan tidak menjadi.