Posts Tagged ‘rekaan sulaman’

Sulaman benang bisanya dihasilkan pada bunga-bunga yang kecil dan dihasilkan secara berjambak. Namun, tahukah anda ia boleh dihasilkan dengan saiz yang lebih besar dengan penggunaan jarum yang lebih besar sebagai acuan dalam menghasilkan bunga-bungaan sulaman benang ini.

Sulaman benang pada busana pengantin lelaki yang polos boleh mengurangkan busana tersebut dari nampak suram. Malahan ia boleh disulam dengan pelbagai cara sama ada dengan sulaman kerawang, sulaman reben, manik mahupun sulaman benang. Jika busana tersebut masih belum dijahit, ia boleh masih boleh disulam dengan sulaman kerawang. Tetapi jika ia telah siap sepenuhnya, ia boleh

Read More

Apabila melihat baju kanak-kanak yang ditambah dengan sulaman benang pada smoking, ia telah menarik perhatian saya. Apa yang menariknya adalah rekaan yang dihasilkan dengan sulaman benang itu tidak hanya tertumpu pada bentuk-bentuk bunga-bungaan sahaja.

Sulaman tangan amat unik dan begitu popular di negara-negara Eropah, Thailand, Vietnam, China dan Indonesia. Ini kerana, mereka menghasilkan produk kraf tangan yang bernilai tinggi dengan hanya menggunakan sulaman tangan. Bagi pengguna di dalam masyarakat mereka, ia menjadi kebanggaan jika dapat memiliki barangan hasil seni sulaman tangan yang hanya boleh dimiliki oleh golongan bangsawan suatu

Read More

Sulaman tangan uniknya segala motif dapat dilihat melalui untaian benang sahaja. Ini menunjukkan bahawa mengapa sulaman tangan ini diangkat sebagai sulam kelas pertama bagi sesetengah masyarakat di Eropah. Ianya bukan sahaja menjadi kegemaran golongan bangsawan dahulu kala tetapi juga penghasilannya dikatakan rumit berbanding dengan sulaman-sulaman yang lain.

Apabila bercakap mengenai sulaman tangan atau sulaman benang, sudah pasti anda akan terlintas mengani seni kerja tangan untuk rekaan bunga-bunga kecil yang menarik perhatian anda. Sama ada ia dihasilkan pada busana ataupun pada barangan dekorasi dalaman. Dan ia amat menarik sekali untuk dihasilkan.  

Hakikatnya, tidak sukar untuk mencari atau menghasilkan motif sulaman tangan kerana apa yang ingin dicorakkan tertumpu kepada fabrik polos sahaja. Dengan ini ia dapat digubah bagi menghasilkan corak sulaman tangan yang menarik kerana tidak terikat dengan corak fabrik yang bercorak-corak.

Uniknya sulaman tangan ini ialah walaupun ia mempunyai bentuk-bentuk atau hasil rekaan motif sulaman yang kecil, ia masih menjadi minat kepada wanita masa kini. Dan ramai di kalangan wanita di luar sana cuba untuk memiliki fabrik busana yang mempunyai hasil corak sulaman tangan.

Dalam menghasilkan rekaan sulaman tangan ini, kesabaran yang tinggi dituntut kepada setiap penyulam. Ini kerana, jika arah lilitan tidak menjadi atau terbalik, pastinya rekaan sulaman tangan yang dihasilkan tidak menjadi.