Posts Tagged ‘sulaman tangan belajar’

Uniknya sulaman tangan ini ialah walaupun ia mempunyai bentuk-bentuk atau hasil rekaan motif sulaman yang kecil, ia masih menjadi minat kepada wanita masa kini. Dan ramai di kalangan wanita di luar sana cuba untuk memiliki fabrik busana yang mempunyai hasil corak sulaman tangan.

Sulaman tangan suatu seni yang sentiasa diminati sepanjang zaman. Namun akhir-akhir ini, saya melihat rekaan sulaman tangan telah mula dikenali ramai kerana ia menjadi trend terutamanya rekaan yang dihasilkan pada tudung Muslimah.

Dalam memulakan proses menyulam rekaan sulaman benang anda, adalah dinasihatkan agar anda membuat jahitan kia. Namun dalam rekaan sulaman benang, anda boleh menggunakan jahitan lilit ubi kecil bagi menggantikan mata kia tersebut. Ini kerana dalam sulaman benang, kehalusan yang tinggi dalam setiap rekaan amat dituntut dan kerana itulah jahitan kia atau jahitan kunci tadi ditukar

Read More

Apr 05

Teknik Bulion

TEKNIK BULION Dalam membuat sulaman tangan atau juga dikenali sebagai sulaman benang, kebanyakan bunga-bungaan atau berbagai bentuk haiwan atau sebagainya akan menggunakan teknik bulion. Oleh itu, saya tekankan di sini bahawa anda perlu mahir dalam membuat teknik bulion ini. Dari cara melilit hingga ke cara menghilangkan tulangnya, setiap langkah teknik bulion ini perlu diambil perhatian

Read More