Posts Tagged ‘sulaman tangan benang’

Sulaman tangan sangat cantik dan tampak elegan apabila digayakan. Ia bukan saja digayakan pada busana tetapi juga digayakan pada dekorasi hiasan rumah. Walaupun begitu, sulaman tangan ini nampak unik bila digayakan. Tema flora yang dihasilkan bersaiz kecil amat digemari oleh mereka dalam menghasilkan sulaman tangan.

Mengenali benang sulam tangan tidaklah sukar kerana pelbagai jenis benang boleh digunakan dalam menghasilkan teknik sulam tangan. Ini kerana sulaman hanya memfokuskan kepada material benang itu sahaja.

Sulaman benang juga dikenali sebagai sulaman tangan ini menggunakan benang semata-mata dalam menghasilkannya. Malahan sulaman benang ini banyak dipengaruhi oleh rekaan sulaman dari Eropah dalam menghasilkan motif sulaman benang.

Dalam memulakan proses menyulam rekaan sulaman benang anda, adalah dinasihatkan agar anda membuat jahitan kia. Namun dalam rekaan sulaman benang, anda boleh menggunakan jahitan lilit ubi kecil bagi menggantikan mata kia tersebut. Ini kerana dalam sulaman benang, kehalusan yang tinggi dalam setiap rekaan amat dituntut dan kerana itulah jahitan kia atau jahitan kunci tadi ditukar

Read More

Apr 05

Teknik Bulion

TEKNIK BULION Dalam membuat sulaman tangan atau juga dikenali sebagai sulaman benang, kebanyakan bunga-bungaan atau berbagai bentuk haiwan atau sebagainya akan menggunakan teknik bulion. Oleh itu, saya tekankan di sini bahawa anda perlu mahir dalam membuat teknik bulion ini. Dari cara melilit hingga ke cara menghilangkan tulangnya, setiap langkah teknik bulion ini perlu diambil perhatian

Read More