Posts Tagged ‘teknik sulam tangan’

Mengenali benang sulam tangan tidaklah sukar kerana pelbagai jenis benang boleh digunakan dalam menghasilkan teknik sulam tangan. Ini kerana sulaman hanya memfokuskan kepada material benang itu sahaja.

Sulaman tangan kini mula diminati kerana pengaruh fesyen luar mula masuk ke dalam negara kita. Ini kerana, fesyen Muslimah mulai berkembang dengan pesatnya di dalam negara kita. Ekoran daripada itu, sulaman tangan turut menjadi minat di kalangan wanita yang gemar mencuba fesyen terbaru.

Sulaman tangan suatu seni yang sentiasa diminati sepanjang zaman. Namun akhir-akhir ini, saya melihat rekaan sulaman tangan telah mula dikenali ramai kerana ia menjadi trend terutamanya rekaan yang dihasilkan pada tudung Muslimah.

Dalam memulakan proses menyulam rekaan sulaman benang anda, adalah dinasihatkan agar anda membuat jahitan kia. Namun dalam rekaan sulaman benang, anda boleh menggunakan jahitan lilit ubi kecil bagi menggantikan mata kia tersebut. Ini kerana dalam sulaman benang, kehalusan yang tinggi dalam setiap rekaan amat dituntut dan kerana itulah jahitan kia atau jahitan kunci tadi ditukar

Read More

Apr 05

Teknik Bulion

TEKNIK BULION Dalam membuat sulaman tangan atau juga dikenali sebagai sulaman benang, kebanyakan bunga-bungaan atau berbagai bentuk haiwan atau sebagainya akan menggunakan teknik bulion. Oleh itu, saya tekankan di sini bahawa anda perlu mahir dalam membuat teknik bulion ini. Dari cara melilit hingga ke cara menghilangkan tulangnya, setiap langkah teknik bulion ini perlu diambil perhatian

Read More