Apr 05

Teknik Bulion

TEKNIK BULION

Dalam membuat sulaman tangan atau juga dikenali sebagai sulaman benang, kebanyakan bunga-bungaan atau berbagai bentuk haiwan atau sebagainya akan menggunakan teknik bulion. Oleh itu, saya tekankan di sini bahawa anda perlu mahir dalam membuat teknik bulion ini. Dari cara melilit hingga ke cara menghilangkan tulangnya, setiap langkah teknik bulion ini perlu diambil perhatian dan dititik beratkan semasa menyulam.

Secara dasarnya, Teknik bulion, merupakan satu teknik gulungan benang yang dibuat secara teratur pada fabrik. Gulungan ini akan kelihatan sebaris dan tersusun. Jika gulungan ini tidak tersusun anda hanya akan mendapati gulungan yang dibuat akan kelihatan berbulu dan membentuk seperti seekor lintah.

Untuk mendapatkan gulungan yang kemas dan cantik, pergerakan anda perlu bermula dari bawah dan mengikut pusingan arah  jam satu persatu dengan kemas. Malah, gulungan harus bermula dari hadapan anda dan berakhir di hadapan anda juga. Jika hal ini berlaku sebaliknya gulungan ini akan menjadi tidak kemas.

Untuk mempelajarinya secara terperinci, anda boleh mempelajarinya secara online dengan mengikuti kursus online dalam sulaman atau memiliki buku tulisan saya yang bertajuk koleksi sulaman manik terbitan alaf 21 yang hangat di pasaran. Layari www.sri2u.com bagi mendapatkan info tentang kursus online tersebut.

Selamat berjaya.

Product Name: Teknik Bulion 462
Product Rating: 4.6
Summary: A review on Teknik Bulion 462
Reviewed by: Seni Warisan Sulaman
Price: $153
Tags: kursus sulam online, belajar sulam menyulam, belajar sulam benang tangan, teknik membuat pola motif bunga untuk menyulam, teknik belajar sulam, kursus sulaman tangan, cara membuat sulam tangan, motif sulaman meja, sulaman tangan, teknik bullion